Perhatian kepada semua pelanggan saya yang comel dan cantik..........

Friday 6 December 2013

VIRAL HARI INI: LEWAT SEBULAN

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak
semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah,kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..."
kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang."APAAA?? nak bayar korang? belahhhh
lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" ???????????? ???????.. ......... .........

selamat menikmati takrif elektrik baru.


BERITA SEMASA : GANGGUAN SEKSUAL OLEH BANGLA HANTAR TONG GAS

Memang selalu saya order tong gas, Bangla yang akan hantar sampai ke dapur sebab nya... tak pandai pasang penyambung gas dan memang tak larat nak angkat tong gas yang berat tu. Lepas dia pasang baru bagi duit. Tambah pulak kalau rumah tingkat atas sekali dan duduk flat yang tak de tangga. Sanggup bayar extra sebab nak mengelak daripada mengangkut tong gas ikut tangga...azab wo...

Tapi hari ni terbaca satu blog mengenai cerita seseorang mengenai kisah Bangla yang hantar tong gas buat gangguan seksual. Saya tak pasti cerita ini sengaja diada-adakan atau memang benar-benar terjadi...tapi elok jugak dijadikan pengajaran terutama kepada suri rumah yang duduk sorang-sorang kat rumah.






BERITA TEMPATAN : STAFF AMBULAN BERHENTI MAKAN TINGGALKAN PESAKIT

Seremban: “Saya memohon maaf bagi pihak jabatan atas kejadian itu dan menyifatkan tindakan terbabit seperti seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zailan Adnan.
 Beliau berkata demikian selepas menerima aduan di Facebook daripada seorang keluarga pesakit Hospital Jempol, dekat sini, yang tidak berpuas hati tindakan jururawat dan pemandu ambulans hospital itu yang berhenti makan ketika membawa pesakit.

 Aduan itu tersebar luas di laman sosial berkenaan selepas pengadu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap jururawat dikatakan bercakap kasar, memberi layanan buruk dan mengumpat pesakit.

 Dalam aduan itu, pengadu menyatakan kekecewaan apabila pada jam 11 malam 30 November lalu, pemandu ambulans berhenti di kedai makan untuk menjamu selera selama 30 minit sedangkan ibunya diserang strok dibiarkan sendirian dalam kenderaan.

 Menurut aduan, kejadian berlaku ketika ibu pengadu dalam perjalanan dipindahkan dari Hospital Jempol ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, untuk rawatan lanjut.

 Zailan berkata, setakat ini, beliau hanya menerima penerangan ringkas dan akan memeriksa secara terperinci.
 Menurutnya, dalam isu itu pemandu ambulans serta jururawat tetap disalahkan kerana melanggar peraturan bekerja, namun pengadu difahamkan turut bertindak keterlaluan.

“Saya sebelum itu dimaklumkan pengadu meminta dua jururawat menjaga ibunya sedangkan hospital kekurangan kakitangan dan menerima ramai pesakit menyebabkan permintaannya tidak dilayan,” katanya.
 Beliau berkata, biarpun begitu, pihaknya akan menegur kakitangan hospital itu, namun tindakan penggantungan tugas tidak dapat dibuat kerana ia bukan kes jenayah.

“Pemandu ambulans tidak akan digantung kerja kerana Hospital Jempol mengalami kekurangan pemandu,” katanya.

 Kata Zailan, enam hospital dan 46 klinik kesihatan di negeri ini turut terpalit dengan insiden berkenaan walaupun selama ini pihaknya berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...