Perhatian kepada semua pelanggan saya yang comel dan cantik..........

Wednesday 5 February 2014

SET COLLAGEN PLUS VIT E DAY & NIGHT CREAM RM22.00

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah dah sebulan mencuba set penjagaan muka ni sekarang dah menampakkan kesan. Encik suami yang pada mulanya was-was dengan kesungguhan saya untuk mencuba produk ni nampaknya berpuas hati.

Pada mulanya encik suami bertanya jugak,kenapa nak pakai produk ni sebab selama ni saya memang tak pernah pakai apa-apa pencuci muka kecuali sabun mandi yang biasa pakai tu je (sabun dettol pun hentam jer...hehehe). Lagipun kulit muka saya memang tidak bermasalah, cuma bila nak keluar saya akan pakai foundation dan bedak MAC (maklum la, jual barang MAC kan). Tapi saya terangkan pada dia, saya lebih suka mencuba produk yang saya jual supaya senang saya nak tunjukkan keberkesanan nya. Macam produk MAC yang saya jual, saya pakai jugak sebab saya boleh nilai produk itu sendiri.

Hari pertama pakai memang terasa bersih muka, ye la sebelum ni memang tak pernah pakai pencuci muka. Kulit muka rasa panas masa mula-mula pakai sabun tu tapi selepas tu memang ok. Muka dah terasa tak berminyak, kulit muka rasa lembut terutama selepas memakai krim malam.

Mari saya tunjukkan cara nak pakai set lengkap ni. Mula-mula kita pakai sabun tu tak payah beria-ia menggosok muka, cuma bilas muka dengan air paip lepas tu gosok sabun collagen ditangan sampai berbuih dan lepas tu gosok di seluruh muka macam kita pakai pencuci muka biasa. Lepas tu bilas dengan air paip sampai bersih. Lap muka dengan tuala hingga kering. Korang akan terasa lain pada kulit muka....

Pada waktu siang, pakai krim yang ada tulis kat bekas dia 'day cream'. Tak payah pakai banyak-banyak, cukup sekadar sapu nipis je kat kulit muka. Nasihat tambahan untuk yang berkulit gelap, sapu leher sekali sebab nanti muka nampak berseri-seri putih tapi leher ketara sangat berbeza. Kalau pakai tudung ok la, tak de la nampak perbezaan.

Untuk malam lak boleh pakai krim yang tertulis 'night cream'. Yang ni pun sama, tak payah pakai banyak-banyak. sapu nipis je dah memadai. Sebelum tu pakai sabun collagen untuk membuang daki-daki kat muka. Maklum la, biasanya siang kita banyak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Terdapat juga set collagen ni yang tiruan. Cara nak bezakan nya senang je:
  1. Bau yang original ni wangi,kalau yang tiruan tiada bau atau kalau ada bau pun bau yang tak wangi.
  2. Ada trademark silver pada kotak
  3. Warna bekas cream ada shinning blink-blink (suka hati je nak description benda tu...hahahaha)
  4. Beli dari saya confirmed original punya...hahahaha...terbaik kan...
Saya jual murah je... berminat sila whatsapp, wechat saya k :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...