Perhatian kepada semua pelanggan saya yang comel dan cantik..........

Friday 7 February 2014

PROGRAM DROPSHIP

Ramai yang call, sms, atau tanya saya untuk menjadi agen dropship produk saya. Saya akan terangkan cara untuk menjadi agen saya dibawah:

  • Anda tidak perlu membayar sebarang yuran. Anda tidak terikat dengan sebarang perjanjian dengan saya.
  • Anda cuma perlu membeli produk saya mengikut harga yang saya paparkan dan menjual dengan market price anda sendiri. Contoh : Harga telekung lycra saya jual RM90, anda boleh markup harga sehingga RM150 mengikut harga semasa. Di situ anda dah pun untung RM60.
  • Anda boleh membuat iklan di facebook atau mana2 je menggunakan gambar di blog saya, dengan syarat anda akan membeli barang tersebut dari saya. 
  • Kos postage adalah tanggungjawab anda sendiri kecuali sesetengah produk saya yang telah dinyatakan free postage. Contoh : Telekung Lycra
  • Sila maklum, untuk barang yang dijual borong, anda boleh menjual ikut kehendak anda. Tapi pembelian dari saya tetap borong. Contoh : Anda hendak jual lipstick 1 RM10, tapi apabila anda hendak membeli dari saya hendaklah membeli dengan cara borong iaitu borong 6pcs ke atas baru dapat harga borong.
  • Sebelum menerima duit dari pelanggan anda, sila dapatkan pengesahan stock dari saya dulu. Takut nanti barang yang anda jual telah kehabisan stock. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya aktiviti jual beli antara anda dengan pelanggan anda telah berlansung tetapi anda telah gagal mendapat pengesahan stock (stock barang habis).

Pesanan dari saya : Berniaga hendaklah jujur dan ikhlas, baru lah berkat duit yang kita dapat... Ya Hanana...

Selamat menjana pendapatan sambilan anda :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...